10 OKTOBER 2017 Saya telah ditugaskan untuk bersama dengan setiausaha agung Muslim Care Malaysia Hj Zakaria untuk mewakili Muslim Care Malaysia ke Majlis Ceramah Perdana Anjuran Badan kebajikan Islam Telekim Malaysia di Menara TM. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin. Acara berakhir pada jam 3.00 petang. Gambar 1 : Poster Ceramah Perdana Gambar 2 : Ustaz Haslin Baharin sedang menyampaikan ceramah Gambar 3 : Wakil Muslim Care bersama wakil Badan Kebajikan Islam TM Pada jam 3.30 petang saya dan setiausaha agung Muslim Care telah dijemput ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, untuk perjumpaan antara Majlis Perwakilan Pelajar Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan untuk membincangkan tentang beberapa perbincangan berkenaan projek kemanusiaan yang bakal dianjurkan secara bersama dalam tempoh terdekat. Perbincangan dua hala ini turut dicambahkan dengan perancangan bagi projek jangka masa panjag yang jela...
13 NOVEMBER 2017 Saya ditugaskan untuk membuat poster untuk iklan jualan amal kapsul habbatus sauda dan minyak zaitun keluaran Minsyam. Sebahagian daripada keuntungan sumbangan tersebut akan disumbangkan untuk tabung pembangunan pendidikan anak-anak Syria. Gambar 1 : Poster Iklan Jualan Amal 15 NOVEMBER 2017 Saya ditugaskan untuk membuat poster untuk Tabung Pendidikan Anak Syria (TAPES).TAPES adalah tabung untuk memerlukan sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos pendidikan anak-anak Syria setiap bulan. Gambar 2 : Poster Tabung Pendidikan Anak Syria (TAPES)
27 NOVEMBER 2017 Saya telah ditugskan untuk membuat poster untuk kutipan dana sekolah di Austria. kutipan dana itu bertujuan untuk membina sekolah di Vienna Australia. Sekolah itu dibina oleh NGO Islamiche Foderation in Wien (IFW) sebuah NGO daripada Austria. Gambar 1 : Poster Kutipan Dana Sekolah di Austria Selain itu juga, saya ditugaskan untuk membuat satu poster program Sharing Moment dari Austria yang akan diadakan di Masjid At-Taqwa batu 6 Kuala Terengganu. Gambar 2 : Poster Sharing Moment dari Austria 28 NOVEMBER 2017 Saya telah ditugskan untuk membuat poster untuk memohon kutipan sumbangan untuk membantu rakyat di Yaman yang kelihatan susah disana akibat daripada peperangan. Gambar 3 : Poster 1 Su mbangan untuk Yaman Gambar 4 : Poster 2 Sumbangan untuk Yaman 2 DISEMBER 2017 Saya berpeluang untuk mewakili Muslim Care Malaysia bersama Setiausaha Agung, Hj Zakaria dan Exco Muslim Carre, En. Sham Samad memenuhi jemputan pen...
Comments
Post a Comment