Posts

Showing posts from September, 2017

Muslim Care (19-21 September 2017)

Image
Pada 19 - 21 September saya telah ditugaskan untuk membuat poster Muslim Care On Air di radio ikim.fm. Muslim Care telah dijemput ke radio ikim.fm untuk rakaman secara langsung membincangkan tentang topik Misi Bantuan Kebajikan Rohingya Melalui Bangladesh yang berlangsung pada 21 hingga 26 September 2017.  Bantuan tersebut dilaksanakan di Bangladesh. Pihak kerajaan Bangladesh telah menerima pelarian Rohingya ini untuk menetap di Bangladesh sekali gus memberikan kerakyatan kepada pelarian Rohingya. Gambar 1 : Poster yang sedang di edit Gambar 2 : Poster yang telah siap link facebook berkenaan Muslim Care On Air di Radio Ikim.fm: https://www.facebook.com/muslimcaremalaysia/photos/a.423525987734313.103836.185197658233815/1473824709371097/?type=3&theater Saya juga telah ditugaskan untuk membuat poster sempena awal Muharram pada 22.09.2017 yang lalu Gambar 3 : Poster yang sedang di edit Gambar 4 : Poster yang telah siap link facebook ...

MUSLIM CARE (18.09.2017)

Video 1 : Suntingan Video Misi Ibadah Qurban & Aqiqah 1438H Pada hari Isnin 18.09.2017 saya ditugaskan untuk membuat video Misi Ibadah Qurban & Aqiqah 1438H yang telah berlangsung pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Video masih lagi didalam suntingan dan bahan-bahan yang diberikan untuk saya edit telah saya perolehi.

MUSLIM CARE (12-14 SEPTEMBER 2017)

Image
12.09.2017 Saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk membuat design sijil penyertaan untuk pemberi sumbangan Misi Qurban dan Aqiqah 1438H.  Misi Qurban & Aqiqah 1438H ini telah berlangsung pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu sebanyak 14 buah negara iaitu Chad, Sudan, Poland, Gambia, Palestine, Syria, Yaman, Mesir, Kemboja, Nepal, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh (Pelarian Rohingya), Malaysia (Sabah dan Sarawak). Gambar 1 : Design sijil sedang dibuat Tugasan yang diberikan saya dapat selesai kan dengan segera dan penyelia saya bersetuju dengan design yang saya lakukan. Gambar 2 : Sijil yang telah siap 13.09.2017 Saya ditugaskan untuk membuat design Tabung Muslim Care untuk tujuan mengutip sumbangan orang ramai yang ingin memberikan sumbangan secara terus. Gambar 3 : Lakaran design untuk Tabung Muslim Care Design ini telah dipersetujui dan belum lagi di cetak kerana menunggu pengesahan daripada pihak atasan untuk diluluskan. ...

A162 Latihan Industri / Practicum

Image
11.09.2017  Saya telah melapor diri di tempat praktikal iaitu Muslim Care Malaysia  di TTDI Jaya, Shah Alam pada jam 9.00 pagi. Saya telah disambut oleh En. Zakaria Abd. Latif iaitu Setiausaha Agong Muslim Care dan beliau merupakan penyelia saya di Muslim Care untuk memantau saya sepanjang saya praktikal di Muslim Care. Selepas melaporkan diri, En.Zakaria telah menerangkan serba sedikit pengenalan berkenaan Muslim Care. Syarikat : MUSLIM CARE MALAYSIA  Alamat : Muslim Care Malaysia No. 50A Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia SEJARAH PENUBUHAN MUSLIM CARE MALAYSIA Cetusan penubuhan Muslim Care bermula diatas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu mangsa gempa bumi di Iran dan Turki beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu sumbangan derma orang ramai walaupun terkumpul dilakukan dengan cara yang tidak tersusun. Justeru itu, apabila tragedi Tsunami melanda umat Islam Acheh dan Meulaboh ser...