MUSLIM CARE (9-14 Oktober 2017)
10 OKTOBER 2017
Saya telah ditugaskan untuk bersama dengan setiausaha agung Muslim Care Malaysia Hj Zakaria untuk mewakili Muslim Care Malaysia ke Majlis Ceramah Perdana Anjuran Badan kebajikan Islam Telekim Malaysia di Menara TM. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin.
Acara berakhir pada jam 3.00 petang.
Gambar 1 : Poster Ceramah Perdana
Gambar 2 : Ustaz Haslin Baharin sedang menyampaikan ceramah
Gambar 3 : Wakil Muslim Care bersama wakil Badan Kebajikan Islam TM
Pada jam 3.30 petang saya dan setiausaha agung Muslim Care telah dijemput ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, untuk perjumpaan antara Majlis Perwakilan Pelajar Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan untuk membincangkan tentang beberapa perbincangan berkenaan projek kemanusiaan yang bakal dianjurkan secara bersama dalam tempoh terdekat.
Perbincangan dua hala ini turut dicambahkan dengan perancangan bagi projek jangka masa panjag yang jelas berfokuskan penglibatan mahasiswa dalam masyarakat melalui NGO kesukarelawanan dan kemanusiaan.

Gambar 4 : Perbincangan antara MPP Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan dan wakil Muslim Care

Gambar 5 : Wakil Muslim Care bersama YDP MPP USIM Saudara Faris Gani (dua dari kiri) bersama Exco Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan
11 OKTOBER 2017
Saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyunting video berkenaan bantuan kutipan dana Syria.
Video 1 : Video Kutipan Dana Syria



Comments
Post a Comment