MUSLIM CARE (12-14 SEPTEMBER 2017)

12.09.2017
Saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk membuat design sijil penyertaan untuk pemberi sumbangan Misi Qurban dan Aqiqah 1438H. 

Misi Qurban & Aqiqah 1438H ini telah berlangsung pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu sebanyak 14 buah negara iaitu Chad, Sudan, Poland, Gambia, Palestine, Syria, Yaman, Mesir, Kemboja, Nepal, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh (Pelarian Rohingya), Malaysia (Sabah dan Sarawak).



Gambar 1 : Design sijil sedang dibuat

Tugasan yang diberikan saya dapat selesai kan dengan segera dan penyelia saya bersetuju dengan design yang saya lakukan.


Gambar 2 : Sijil yang telah siap




13.09.2017
Saya ditugaskan untuk membuat design Tabung Muslim Care untuk tujuan mengutip sumbangan orang ramai yang ingin memberikan sumbangan secara terus.


Gambar 3 : Lakaran design untuk Tabung Muslim Care

Design ini telah dipersetujui dan belum lagi di cetak kerana menunggu pengesahan daripada pihak atasan untuk diluluskan.



14.09 2017
Pada waktu Subuh hari Khamis seluruh media sosial telah heboh tentang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak Muslim Care dengan rendah diri telah melancarkan kutipan dana kepada orang ramai untuk membantu keluarga pelajar yang terlibat dan pusat tahfiz yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Saya telah ditugaskan untuk membuat design untuk ucapan takziah dan juga kutipan dana tersebut.


Gambar 4 : Design poster yang sedang dibuat



Gambar 5 : Poster yang telah disiap

Poster yang telah disiap telah di publish di page facebook Muslim Care Malaysia Society 

link :


















Comments

Popular posts from this blog

MUSLIM CARE (9-14 Oktober 2017)

MUSLIM CARE ( 13 - 17 November 2017 )

MUSLIM CARE (26 November - 2 Disember 2017 )