A162 Latihan Industri / Practicum
11.09.2017
Saya telah melapor diri di tempat praktikal iaitu Muslim Care Malaysia di TTDI Jaya, Shah Alam pada jam 9.00 pagi. Saya telah disambut oleh En. Zakaria Abd. Latif iaitu Setiausaha Agong Muslim Care dan beliau merupakan penyelia saya di Muslim Care untuk memantau saya sepanjang saya praktikal di Muslim Care.
Selepas melaporkan diri, En.Zakaria telah menerangkan serba sedikit pengenalan berkenaan Muslim Care.
Syarikat :
MUSLIM CARE MALAYSIA
Alamat :
Muslim Care Malaysia
No. 50A Jalan Opera J U2/J,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Muslim Care Malaysia
No. 50A Jalan Opera J U2/J,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
SEJARAH PENUBUHAN MUSLIM CARE MALAYSIA
Cetusan penubuhan Muslim Care bermula diatas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu mangsa gempa bumi di Iran dan Turki beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu sumbangan derma orang ramai walaupun terkumpul dilakukan dengan cara yang tidak tersusun. Justeru itu, apabila tragedi Tsunami melanda umat Islam Acheh dan Meulaboh serta beberapa negara lain, situasi tersebut menguatkan lagi azam kami untuk menubuhkan dan menggerakkan Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan Muslim Care dengan seberapa segera.
MOTTO
Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan
MISI
- Menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang amanah dan berkeupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai masyarakat prihatin kepada golongan yang memerlukan
- Menjalankan aktiviti bagi menambah dana pertubuhan dengan syarat mendapat persetujuan mesyuarat agung dan pihak berkuasa
- Menjalankan aktiviti amal dan kebajikan
- Memberikan bantuan kewangan atau harta benda kepada mereka yang memerlukan
- Menyediakan tempat perlindungan, serta bantuan kepada mereka yang memerlukan
- Membimbing masyarakat yang kurang bernasib baik untuk meningkatkan taraf ekonomi
- Membimbing masyarakat ke arah etika yang lebih baik, patuh kepada ajaran agama dan patuh kepada undang- undang negara
- Mengutip derma dari orang ramai bagi mencapai objektif pertubuhan
- Menggalakkan penglibatan generasi muda dalam melakukan kerja- kerja kemasyarakatan dan kebajikan
Gambar 1 : Logo Muslim Care Malaysia Society
Laman Web:
Facebook :
Instagram :

Comments
Post a Comment